Tuesday, March 24, 2009

Hidup dalam 'PELUANG'

Kebanyakan daripada kita cukup tahu,cukup faham dengan apa yang dimaksudkan ‘peluang’.Sebenarnya,setiap orang mempunyai peluang masing-masing.Peluang yang dicari mahupun yang datang sendiri.Bukan itu saja.setiap orang juga tentunya mengharapkan begitu banyak peluang dalam hidupnya,sama ada dicari atau datang sendiri,manfaatkanlah sebaik-baiknya baik untuk diri saya dan anda semua.

Namun,sebenarnya tidak ramai di antara kita yang benar – benar sedar akan peluang keemasan yang ada didepan matanya.Sebab itu orang kata,bila kita berjalan lihatlah peluang yang ada…kerana jika kita tidak melihatnya,kita akan terlepas! Sesungguhnya peluang itu tidak bermata dan tidak akan melihat kita,kitalah yang harus melihatnya.

Cukup sukar untuk dimengertikan jika ada yang mengatakan dirinya ‘tak ada peluang’.Hakikat sebenar-benarnya setiap orang mempunyai peluang masing-masing selain daripada berusaha mendapatkan peluang.Ada yang mendapat peluang, tapi tidak melihatnya atau tidak tahu menggunakannya,manakala yang sudah mendapat peluang sengaja mensia-siakannya.Ada orang berkata lagi…bahawa dalam hidup ini hanya sekali saja peluang yang benar-benar dikatakan peluang itu datang.

Lihat saja disekitar kita,,dalam kehidupan sehari-hari,walau dimana jua kita berada.Manusia ini tidak boleh diajar secara lembut,juga tidak boleh terlalu kasar.’Jika berlembut ,kepala kita kan dipijak.Jika berkasar kepalanya makin besar’ jadi bagaimana? Adakah kita perlu berada ditengah-tengah? Antara lembut dan Kasar? Pun kadang-kadang tidak boleh dipakai juga!

Segala apa yang dikata oleh mulut tidak sama yang terbit didalam hati atau main tangkap muat aja.kuat mana pun kita,sebijak mana pun kita…kita tetap mempunyai kelemahan tersendiri..tertutamanya kita mudah lupa..lupa padaNya,lupa diri dan akan menyebabkan kan kita jatuh tersungkur,ketika itu kita kan bertanya,masih adakah peluang untukku?

Cukup sekadar ini,mulakan hari ini dengan kasih dan sayang ,kerana jika tanpanya apalah erti hidup ini.Suburkan cinta sayang dalam diri,kelak suburnya kelak akan sentiasa memayungi hidup ini,,,,,Sekian

5 comments:

  1. wehhh...aku x bce sume wehh tp pe aku nk ckp.. peluang mmg susa nk dpt... hheheee

    ReplyDelete
  2. wahhhh....
    sunggoh mendalam kater2 anda....

    ReplyDelete
  3. kata2 lahir dari perut yang slim..tau..

    ReplyDelete
  4. ok....
    klu camtoh kater2 dri pewot yg gumok cam owg neyh laen munyiknyerr...
    kakakakakaka...

    ReplyDelete