Saturday, June 18, 2011

Puisi Untuk Abah

Aku tak mampu mengantar kepergianmu
Langit mendung turut berduka
Orang-orang riuh rendah becerita
Tentang segala tohmahan dan cacian

Aku datang kepadamu, abah
Semilir di bawah kamboja dan nisanmu
Aku menangis dan berdoa
Mengenang segala salah dan dosaku kepadamu

Kepergianmu seketika mendewasakan aku
Mengajarkan aku betapa penting arti hidup
Untuk menjadi berguna bagi sesama

Kepergianmu mengajarku
Bagaimana harus mencintai dan menyayangi
Bagaimana harus tulus berkorban dan bersabar
Bagaimana harus berjuang demi anak-anaknya
Hingga saat terakhir hayatmu
Engkau terus berdoa demi kebahagiaan anak-anakmu

Hari ini aku menemuimu, abah
Lewat sebait puisi untuk mengenangmu
Bila datang saatnya nanti
Kan kuceritakan segala kenangan bersamamu
Bersama embun fajar kemarau ku sertakan doa
Semoga engkau mendapatkan tempat terbaik di sisi-Nya

Abah
Aku merindukanmu

Friday, June 17, 2011

~~Bahawa Mati itu Pasti~~

Bismillahhirrahmannirrahim.

Maha suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam,
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa.

Maha suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji
siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Maha suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar
pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan
sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah!
Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala.
Ialah Tuhan yang maha besar kuasa menghukum,
manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah
yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah,
dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nangkir,
maka janganlah berasa gentar dan takut,
janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala,
sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk,
mereka juga akan menyoal kamu.

Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah,
biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku,
malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap kalimah “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah“.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA,
tetapkanlah hatimu,
inilah dia suatu dugaan yang paling besar.

Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh,
sehingga sampai satu masa kelak,
kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
bahawasanya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar,
bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,
berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,
dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar,
minum di kolam air nabi adalah benar,
ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya,
begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu.
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu.
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar,
dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.

Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan
dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan,
kami merayu dan bermohon kepada-Mu
supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun
wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

“kullu nafsin za iqatul maut“
- Setiap yang Bernafas, Pasti akan Mati -

Friday, June 10, 2011

Entah ler

Hari nie aku terjumpa fb adik tiri aku,ade juga fb dia eik.aku igt orang kl x main fb..aku pun dah add dia..tgok dia approve x..agak2 apalah perasaan dia..aku kadang2 malas nak ambil kisah,tapi mengenangkan darah daging sendiri..aku cuba untuk mengeratkan sirratulrahim(x tahu lah perasaan dia mcm maner,kalau ko baca pun harap2 adalah perasaan) walaupun lain mak..walaupun x seperti hubungan mcm dulu,kalau aku byk buat salah sekalipun aku tetap nak minta maaf..tak tahulah ko maafkan juga..its okay aku x kisah kalau apa yang aku buat dulu menyusahkan kan ko..jauh disudt hati aku nak berbuat demikian..walau ko benci sekalipun..aku tak kisah...dulu ada abah boleh lah,sekarang abah dah xde...itu ajer CORETAN RASA HATI INI..kalau berlanggar bahu sekalipun,ko x buat kisah,aku okay ajer..cuba nak memulihkan keadaan,kalau masih anggap aku ni sebagai abang ko..

Friday, June 3, 2011

Im still alive..

@hoyyyyyyyyyyyyyyy..bertemu lagi kita disini,dan hari ini terima kasih kepada kerana cuba sedaya upaya meng update blog yang mungkin bersarang labah2 atau kelawar..

Syukur kepada hadrat illahi kerana diberi peluang untuk saya menulis blog yang tidak seberapa nie..berikut ada yang menghantar email kepada saya yang akan saya jawab..

1)Kemana lama awak menghilang?
J) Saya masih lagi disini,cuba x berapa aktif,dan tiada cerita yang hendak diceritakan

2)Awak dah kahwin ker?atau kahwin lari??
J) Hahaha..lawak..saya masih belum berkahwin,(kenapa nak terai saya ker? wakakakaaa)
aku gelak jer..kahwin lari??? omg watpe saya nak wat mcm tue,baik saya kahwin lari berganti-ganti mcm wartawan bertanyakan soalan kepada artis..

3)Awak Frust eik?
J) hahahah nie lagi satu soalan buat saya geli dekat gusi..frust,setiap orang ada perasaan mcm 2..saya rasa maybe boleh kongsi atau tidak terpulang kepada individu.

4)team LIVERPOOL awak kalah ker?
J)Menang atau kalah im still with dis team..x mcm sesetengah org tue..mcm lalang xde prinsip..menang atau kalah adat pertandingan,dah nama bola itu bulat..YNWA

5)Apa perancangan saya?
J)Perlu ke saya bagitahu..maybe bukan lah masa yang sesuai...

Itu lah yang saya dapat jawab dengan perasaan bukan sepenuh hati,kalau jawab dengan sepenuh hati ada ker orang nak dengar luahan dan rintihan saya..Saya sama mcm orang lain berdiri di langit yang sama,dan bertijak dibumi yang nyata..

Moga berjumpa lagi...