Monday, March 30, 2009

PIcture at BASE


3 hero remaja yang sengal...


hu3 salah satu chart yang digunakn untuk kerja-kerja carta


junior kena buatlah untuk senior ekekekekkeke

picture aku snap sekitar kat dalam base dalam simulator,office and storechart

Sunday, March 29, 2009

Chartwork


kerja2 pemotongan chartwork oleh aku dgn member

salah satu aktiviti kerja harian dekat bilik operasi memang pecah kepala yelah sebab bab kira2 nie aku fail,hu3..sebab dulu masa sekolah subjek math cukup2 makan ajer..:)aku x leh cerita kat sini banyak2 sebab banyak keje yang belum disettlekan..moga jumpa lagi..salam

Thursday, March 26, 2009

Allergic makan ubat.


nak tak nak terpaksa mendongak ke langit untuk menelan ubat nie..

x suka,x suka,x suka itulah yang diluahkan oleh saya kerana memang payah nak menelan ubat walaupun sebiji.dari kecil lagi memang payah nak telan ubat nie..ubat air okay..tapi ubat jenis nie,memang payah nak menelan..masa kecil2 dulu kena paksa,kena pujuk,bagi present,and disogokkan sesuatu barulah beria2 nak telan,walupun terpaksa.keadaan kesihatan aku sekarang memang tahap membimbangkan....aku takut..aku hanya berserah kepadaNya..

Wednesday, March 25, 2009

Seharian di Hospital


ubat nielah aku makan...

Hari ini aku pergi hospital kat dalam base nie..biasalah hari ini kene getah sebab ada minah uniform ijau telah salah mendaftarkan masuk kebilik tidak sepatutnya aku pergi..dah aku telah diambil darah,tinggi,berat sebanyak 2 kali..hampess punya minah..dah lah darah aku sikit..pastu masuk jarum x kena ngan urat..meraung sekejap aku..sakit beb..aku menahan geram jer..nasib baik minta maaf..and than menunggumu doc mcm %***~.nasib baik senior minah nie ckp minta maaf..sebab ramai patient yang terdiri dari orang sudah berumur..ye lah aku dpt berjumpa doc pukul 4 petang..dari pagi aku dtg sampai pukul 830 sampai pkl 4 ptg baru aku dpt berjumpa doc..badan aku lemah sgt sebab ambil darah sampai 2 kali akibat minah uniform ijau nie..lepas jumpa doc aku kena ambil urine air kencing and x-ray.badan kira dah memang sengal giler..biasalah aku papahkan diri untuk keluar dari sepital yang akan aku kunjungi bulan 7 nanti.sekian


p/s:tau ker minah yang pakai uniform ijau nie?
:orang awam diberi kelebihan..and sesama sendiri dianaktirikan walupun berlainan
uniform..adilkah?

Tuesday, March 24, 2009

Hidup dalam 'PELUANG'

Kebanyakan daripada kita cukup tahu,cukup faham dengan apa yang dimaksudkan ‘peluang’.Sebenarnya,setiap orang mempunyai peluang masing-masing.Peluang yang dicari mahupun yang datang sendiri.Bukan itu saja.setiap orang juga tentunya mengharapkan begitu banyak peluang dalam hidupnya,sama ada dicari atau datang sendiri,manfaatkanlah sebaik-baiknya baik untuk diri saya dan anda semua.

Namun,sebenarnya tidak ramai di antara kita yang benar – benar sedar akan peluang keemasan yang ada didepan matanya.Sebab itu orang kata,bila kita berjalan lihatlah peluang yang ada…kerana jika kita tidak melihatnya,kita akan terlepas! Sesungguhnya peluang itu tidak bermata dan tidak akan melihat kita,kitalah yang harus melihatnya.

Cukup sukar untuk dimengertikan jika ada yang mengatakan dirinya ‘tak ada peluang’.Hakikat sebenar-benarnya setiap orang mempunyai peluang masing-masing selain daripada berusaha mendapatkan peluang.Ada yang mendapat peluang, tapi tidak melihatnya atau tidak tahu menggunakannya,manakala yang sudah mendapat peluang sengaja mensia-siakannya.Ada orang berkata lagi…bahawa dalam hidup ini hanya sekali saja peluang yang benar-benar dikatakan peluang itu datang.

Lihat saja disekitar kita,,dalam kehidupan sehari-hari,walau dimana jua kita berada.Manusia ini tidak boleh diajar secara lembut,juga tidak boleh terlalu kasar.’Jika berlembut ,kepala kita kan dipijak.Jika berkasar kepalanya makin besar’ jadi bagaimana? Adakah kita perlu berada ditengah-tengah? Antara lembut dan Kasar? Pun kadang-kadang tidak boleh dipakai juga!

Segala apa yang dikata oleh mulut tidak sama yang terbit didalam hati atau main tangkap muat aja.kuat mana pun kita,sebijak mana pun kita…kita tetap mempunyai kelemahan tersendiri..tertutamanya kita mudah lupa..lupa padaNya,lupa diri dan akan menyebabkan kan kita jatuh tersungkur,ketika itu kita kan bertanya,masih adakah peluang untukku?

Cukup sekadar ini,mulakan hari ini dengan kasih dan sayang ,kerana jika tanpanya apalah erti hidup ini.Suburkan cinta sayang dalam diri,kelak suburnya kelak akan sentiasa memayungi hidup ini,,,,,Sekian

Monday, March 23, 2009

Man of honour


Stevi G adalah perancang pasukan LIVERPOOL yang sentiasa akan memperkotak-katikkan pasukan lawan


Torres adalah pemusnah impian sebuah pasukan yang sentiasa akan mengucarkacirkan pasukan lawan..


kedua-duanya memang memiliki semangat yang sentiasa dahagakan gol....

inilah 2 orang dalam pasukan kegemaran saya..The KOP forever...


p/s:come n get BPL quickly...

Antara Isnin dan Tokey gunting rambut......

Semalam aku sampai ke Lumut dari Kl tepat jam 1515h..dah la kena hujan disuatu tempat..nasib baik x lencun(basah kuyup).Perjalanan balik memang memenatkan tetapi aku dah biasa dengan keadaan itu..semalam aku follow mamat yang dtg dari mana entah..dengan kelajuan 130kilometer sejam aku tetap mengekori motor beliau..tak pernah aku selaju demikian.dan semalam juga aku berkesempatan singgah di kedai gunting rambut disekitar manjung..nak dijadikan cerita semasa tokey gunting rambut menyiapkan rambut aku,kedainya diserbu oleh pihak imigresen dan proses menyetllekan rambut aku tertunda setengah jam..aku mula nak marah ada,,tetapi jenis aku payah nak marah orang nie...nasib baik ilmu didada banyak.if x x tahu lah nasib tokey n kedai gntg rambut 2 mcm maner...dan hari pagi tadi aku rasa malas sgt nak bangun pagi tetapi disebsbkan hari isnin permulaan kerja..aku tetap gagahkannya..aku rasa hari isnin lah yang paling malas nak bekerja...tetapi aku kerja bawah orang,,payah betul..nak juga kerja sendiri tetapi x tahu lagi bila....itu sahaja yang dapat saya coretkan....

tulisan mata dah kuyu :)



p/s:badan masih lagi lemah dan x bermaya,

Sunday, March 22, 2009

Aku mahu pulang

x larat dah nak post....nanti saya cerita lah..

Saturday, March 21, 2009

Weekend

Lepas kerja semalam,aku bergegas balik ke kl,seperti biasa aku balik ke rumah aku,dengan bergalaskan beg mcm budak2 sekolah terus menunggang kuda putih..melalui jalan yang sentiasa di lalui,Teluk Intan-SabakBernam-Sg Besar-Sekinchan-Tanjung Karang-Kuala Selangor.Sampai Sekinchan,aku terus ke kediaman member aku yang dah lama x jumpa 'dak J nie..setengah jam jugak aku borak2 ngan dia.pas2 terus aku balik ke rumah'home sweet home'.badan pun penat gak tetapi bagi aku sudah biasa...time2 weekend nie lah aku nak beramah mesra dengan kawan2 aku.time mulalah aku x boleh duduk diam..aku kalau balik kl,mesti roger2 ngan diaorg..malam tadi aku dan kawan2 aku ke Uptown danau kota,just window shopping jer..lagi pun masa kitaorg pergi hujan rintik2 dah mula membasahi tempat 2..xde lah ramai org sgt maybe dorunk belum dpt gaji lagi or ada duit lebih....dan acara tradisi yg terakhir ialah lepak di restoran open mamak +skrin besor(nak tgk bola ajer)itulah destinasi terakhir aku dan rakan2...if aku balik x sah if x mkn dan minum kat situ...tapi kehidupan aku dikelilingi oleh rakan2 yang faham akan situasi dan keadaan aku..terima kasih pada anda semua...aku syg persahabatan ini kekal hingga ke akhir hayat.....moga jumpa lagi.....



p/s: restoran mamak 2 dekat jer ngan rumah aku skang.......

Thursday, March 19, 2009

Life and Tragedy

imej nie aku reka sendiri tapi aku rasa orang lain boleh menilai apakah yang di maksudkan



Hidup selagi hidup

Semalam aku 'duty'macam biasa menjalankan tangungjawab aku bekerja dekat sini..xde banyak melainkan kerja2 pejabat yang bertimbun2 n satu2 aku leraikan..banyak hati yang perlu dijaga..ermmmm aku pun tak tahu sampai bila akan jadi begini..n then hari ini aku ke hospital buat medical check up.ambil darah,x ray badan dan lain2..kesian kat aku kena ambil darah..dah darah aku jenis '0'..nak bagi pulak kat hospital tapi untuk dianlisis okay lah..nak kawin nanti kena ambil darah juga..:) lambat lagi lah..okay sekian sampai sini byk lagi nak cerita tetapi masa tidak mengizinkan..take care all

p/s: tajuk nie aku main bedal ajer,,,ada kena mengena ke ngan aku tulis kat bwh nie..?

Tuesday, March 17, 2009

Badan Masih lemah

Badan Masih Lemah lagi,Aku malas nak corat-coret banyak2 kat sini sebab hari ini aku duty sampai pagi besok..ada byk cerita nak dipostkan kat sini...tunggu eik...:)

Monday, March 16, 2009

Letih.....

Hari ini badan aku letih sangat disebabkan..time aku balik weekend aritu x cukup tidur and x bertenaga..dah balik kl aku memang dah serasi dengan ketidakketiduran ini.Hari Ahad aku berpatah pulang kerana perjalanan dari Kuala Lumpur ke Lumut lebih kurang 4 jam + if x singgah kemana-mana..so i need a rest and want 2 sleep anymore...:(


p/s: nasib baik x pergi kenduri kawen kat jb...

Blog yang pertama..

Aku sebenarnya memang malas nak buat blog nie...tetapi atas desakan sesetengah orang...