Monday, April 13, 2009

Antara Cinta dan Persahabatan

Antara Cinta dan Persahabatan
Andainya aku diberi pilihan untuk memilih diantara kedua-duanya
Akan ku pilih kedua-duanya
Kerana bagiku ia sama bererti dan bernilai didalam hidup ku

Cinta…
Suatu ungkapan yang belum pastikan keindahannya
Kerana disebalik keindahan itu
Tersirat seribu kepahitan
Pastinya akan merentap kedamaian jiwa
Seorang pencinta setia
Taktala ikatan diundang kekecewaan

Namun ia tetap betah menjemput setiap jiwa
Yang punya hati dan perasaan
Hakikat yang tersimpan disebalik anugerah ini
Tak terungkai dengan bicara dibibir
Tak tergambar dengan lakonan
Begitu syahdunya kurniaan illahi
Lahirnya dari hati seorang insani
Berakal beremosi penyayang dan berperasaan

Persahabatan…..
Satu ikatan yang lahir dari hati
Keinginan yang ikhlas
Bagi berkongsi tawa,tangis kasih sayang serta keakraban
Sesungguhnya sahabat adalah tempat berbicara setulusnya

Persahabatan yang murni dan suci
Adalah sebuah hubungan yang disulami dengan benang kejujuran
Diwarnai dengan keikhlasan
Dicurahi dengan kasih sejati
Sekiranya menjadi gunting dalam lipatan
Robohlah tembok keluhuran sebuah persahabatan

Teman yang budiman
Mengertilah maksudku ini
Sesungguhnya apa yang tersimpul dihati kecilku
Sejak perkenalan dan persahabatan kita

Kita bina tugu persahabatan dan ikatan yang rapi
Yang dipagari dengan besi kedewasaan
Yang teguh berdiri megah dilaman hati kita
Tak tumbang dek rintangan
Hanya satu pintaku
Agar dikau sentiasa dan selalu mengingati aku..

3 comments:

  1. uiitttttttttt...ankelswappppppppppppp........

    ReplyDelete
  2. budak itam yg jiwang karak..kakakakaa

    ReplyDelete
  3. that's rite...but, hati2 pada apajua situasi coz cinta perlukan pgorbanan but pshabatan perlukan kpercyaan yg hakiki.... renung2kan...

    ReplyDelete