HITAM DAN PUTIH KEHIDUPAN Kehidupan tidak benar-benar mengelirukan kita. Yang hitam dan yang putih memang terlalu ketara bezanya cuma kita yang tidak benar-benar bersedia untuk membuat keputusan yang betul. Kesenangan menjadikan kita sentiasa memilih jalan yang mudah dan ringkas walaupun kita tahu hasilnya ialah penyesalan. Kemewahan menjadikan hati kita keras dan hilang kepekaan hingga kita tidak menghiraukan natijah yang bakal kita terima. Dunia dan hajat yang tinggi kepadanya menjadikan kita sentiasa mengutamakan pandangan nafsu dan masyarakat dari pandangan kebenaran. Kita takut dikeji dan diperlekeh hingga kita terpaksa korbankan prinsip hidup kita.
Inilah realiti kehidupan kita...hanya ada dua pilihan ... HITAM dan PUTIH, mana satu yang jadi pilihan kita. Life Is About Making A Decision mungkin inilah adalah pepatah yang menggambarkan hakikat ini. Sayangnya tidak semua yang mampu membuat pilihan yang betul walaupun dapat membezakan antara keduanya. Segalanya terletak kepada kekuatan jiwa dan keimanan kita kerana kekuatan jiwa yang lahir daripada kekuatan iman inilah kekuatan tunggal yang dapat meleburkan berhala keegoan yang teguh di dalam jiwa kita.
SETIAP MASA HIDUP AKAN DISINARI DENGAN PELBAGAI WARNA YANG ADAKALA MENARIK, ADAKALANYA TIDAK. SETIAP WARNA MENGAMBARKAN RANJAU KEHIDUPAN YANG TIDAK PASTI APAKAH YANG MENANTI DAN KESAN KE ATAS KEHIDUPAN. WALAU APA PUN WARNA YANG WUJUD, HITAM DAN PUTIH MENJADI ASAS KEPADA SEMUA WARNA.
seperti bait-bait lirik yang dinyanyikan oleh Sheila Majid ini:
Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan
Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa
Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban
Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan
Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan
Program kacau bubur asyura perdana 2023.
1 year ago