Sunday, September 27, 2009

6-1 apa ada hal bagi LIVERPOOL



Tiada masalah bagi pasukan THE KOP untuk menewaskan HULL dengan secara tidak sengaja atau disengajakan itulah yang di terjemahkan dalam perlawanan tadi..aku x terkejut dengan keputusan perlawanan itu,ianya bagi merancakkan lagi perebutan mahkhota EPL..Wira-wira diatas mempunyai keyakinan dan daya kecekapan untuk menjaringkan gol dengan tidak pressure.gandingan torres,Gerrad,dan pelengkap jaringan gol oleh Babel terbukti semangat juang Sang Merah masih lagi berbisa dan destiny masih panjang lagi walaupun dengan penuh berliku namun aku pasti setiap yang berada didalam line's up dalam pasukan YNWA mengharapkan kemenangan yang berterusan.Setiap Fan mempunyai keyakinan setiap pasukannya akan menang walaupun dengan menang tipis sekalipun.Masih lagi untuk mengharapkan permainan seperti perlawanan tadi meneruskan rentak kemenangan

Wednesday, September 23, 2009

Chronology of Raya@2009

19 Sept 09 08.00pagi- 1130pagi keesokannya = Aku on duty sampai pagi raya and keesokan paginya(tak sempat nak pakai baju raya yang dibawa dari kl sob3)adalah jamuan hari raya bersama dengan CO with anggota yang bertugas yang tidak dapat bersama keluarga pada hari raya pertama dijamukan dengan ketupat and lemang disamping air orange juice

20 Sept 09 1200 tengahari - 4.20ptg = Kalau diikutkan memang hari raya ke-2 aku balik ke kampung tetapi diatas sebab2 yang bernas dan aku terpaksa gagahkan diri balik ke kampung dengan kelajuan 110km - 140km sejam dengan melalui bukit bukau,laluan curang,berlekuk and landai dan akhirnya sampai juga ke kampung yang tercinta(kat mane? kat kampung bongsu lanchang pahang)serta bermaaaf-maafan dan bersalam-salaman firstly dekat nenek aku lah yang jaga aku dari kecil sampai aku jadi mcm ni pokde,pakndak,paklang,piktam,pakchu,maklang my sepupu sepapat yang nakal,cerdik,yang gedik semuanyalah.

20 Sept 09 0500ptg - 1130 mlm = beraya umah kawan2 yang dah lama x jumpa and ronda2 kat kampung, banyak dah berubah..sampai terlajak nak masuk simpang umah arwah atok aku..dan dimalam hari saya melepak umah member menyaksikan perlawanan dramatik MU=Manik Urai lawan dengan Spurs(team bajet habiskan duit)aku sorang jer saiko nak bagi team spurs menang dorunk semua sokong team glory2 hoh! and lepas game terus balik..and membongkang@ketiduran..hak3..

21 Sept 09 0830pg - 1200tgh = gerak gempur ke tanah tumpah and kelahiran aku di Pekan Royal Town(pergh lamer gler x jumpa dengan sedare mare kat sane)mcm biasalah kalau ke sana, aku xde banyak kawan2 yang kenal pun, sedare mare yang kenal aku jer yang bertegur sape..dapat berjumpa dengan adik aku and adik ipar and anak buah(rayyan)yang cukup sempoi love u rayyan dah sampai sane biasalah mcm org ilang arah lah..dahlah hujan petang itu..and membantutkan lagi usaha untuk aku menikmati permandangan di jeti...sob3

22 Sept 09 0700pg - 0900pg = aku meninggalkan Pekan Bandar Diraja dengan sehari semalam jer..maklumlah kat saner tempat aku lahir..tapi membesar tempat lain..tapi aku suka dapat kawan2 disekitar area saner.tapi aku rasa aku sorang jer chattez kat saner kot hak3

22 Sept 09 1200tgh - 0800mlm =plan nak pergi umah SAHABAT yang berada di Kampung Penjom kat Kuala Lipis tetapi hajat x kesampaian disebabkan masalah teknikal yang x dapat dielakkan tetapi dapat singgah umah kawan di RAUB.(tiba pun dah petang..mekap pun dah cair..hati pun panas mcm air cerek yang mengeluarkan haba and wap.

22 Sept 09 0830 mlm - 1200mlm = beraye ke rumah auntie a.k.a MAKLANG aku di MENTAKAB..jumpa kazen yang akan melanjutkan pelajaran ke Warwick University..aku respect kat MAKLANG aku nie sebab dia selalu bertanyakan khabar melalui telefon..terharu masih ada yang sayang kat aku(BETUL KE?)semoga keluarganya berbahagia..amin...and x lupa beraye umah ex-couple aku kat area saner gak...tapi we still friend..mak and abah dier sporting..jodoh kami x panjang kot..

23 Sept 09 0130ptg-NOW sampai 27 Sept 09- balik ke kl jumpa kawan2 yang rapat dengan aku...and nak plan gi beraye and tunggu pelawaan jemputan umah terbuka dari sesiapa yang sudi jemput and the geng nak terjah rumah..hak3..ext:aku lah yang x kuat makan and pastikan bahan yang dijamu sesuai dengan waktu eik(demand pulak).nielah kronologi raya bulan 9 tahun 2009 yang x best..entahlah lu pikirlah sendiri(best ke?)

Ade lah sedikit gambar-gambar di hari raya di bawah ini...untuk tatapan blog followers tapi waktu malam jer...


(Nielah Cucu Sulung Nenek@Wan aku)


(Gelagat Cucu-cucu nenek aku yang mcm SuperPoyo)


(Jangan Pandang Belakang MOMOK)

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri




Selamat Hari Raya Aidilfitri yang mengenali diri ini terutama rakan-rakan blogger,kawan-kawan terdekat,Sahabat Handal yang jauh dimata..Sedare mare yang rapat dengan aku,rakan-rakan ofis and semua umat islam yang menyambutnya dengan ucapan ampun dan maaf dipinta if terkasar bahasa dan terlajak kata and halalkan jika termakan or terminum.berhati-hati dijalanraya ketika memandu ingatlah orang yang tersayang,rancang perjalanan anda)diakhiri dengan 4 kerat pantun


Anak itik bermain ditepi paya
Unta berhijrah ke London bawa pelita
Esok lusa dah nak raya
ampun dan maaf daku pinta

Monday, September 14, 2009

Tag dari Kawan-kawan Blogger

1. Nama timangan anda di rumah...
Faizal

2. Anda seorang yang...
Kelakar,friendly

3. Lagu favourite
ikut Mood lah.(kalau sedih 2 kan nak layan lagu rock kot)

4. Makanan kegemaran
makanan yang halal dan sedap

5. Soalan telah daku abaikan....
'ko banyak skendel ker?and jangan nak tuduh2 tanpa prove.

6. Warna kesukaan
biru laut,putih mutiara

7. Benda yg mesti ada dalam beg(balik Kampung)
Baju and seluar

8. Kali terakhir anda menangis
disuatu ketika dan waktu

9. Sikap orang yang buat anda stress
x suka dipaksa,ego and bersa angkuh..

10.6 org nak kena tag:
Kak Azz
Jrry
Jedi
Amierulez
Proffy
CikEla

Sunday, September 13, 2009

Suatu Ketika Dulu-dulu


Gambar Kenangan Bersama Anak-anak Kapal dengan aksi khayalan tingkat tinggi dan aksi kucing di dalam bulan ramadhan)dah xde keje.tapi bukan dalam bulan ini.

Suatu Ketika Dulu-dulu selepas kerja sudah selesai..and apalagi ramai-ramai mandi-manda di tepian kapal dengan pelbagai aksi..ketika ini sewaktu mendarat di salah Sebuah Stesen di Sabah.

Monday, September 7, 2009

Bunga Dari Liverpool


(bunga dari flower festival from LIVERPOOL)

Malam Sabtu semalam aku tengok lah cerita(tajuk kat atas) tgk macam best juga kat RTM selalunya jarang aku tgk cerita drama melayu yang plastic surgery..tapi disebabkan ada yang patah terakhir tu,aku gagahkan dan menghayati lah cerita itu dengan meniarap ala2 hindustan diiringi dengan high full fan dekat umah aunty aku.(buat mcm umah sendiri hak3) adalah sedikit pengajaran dalam cerita tue..tapi xde lah sampai menangis..(hati kental jiwa batu bertangkup) nie lah aku nak cerita sebab dah lama x update blog.



p/s:aku tulis blog bukan nak minta simpati,atau nak tulis hari-hari.apa yang aku nak tulis aku tulis lah..aku bukan retis or ari2 ngadap pc.so sesiapa yang tak suka sila keluar dari blog nie..